Fatin's Blog :)

Like this blog?


The Disclaimer





Hello and Welcome my reader(s). You have entered to Fatin Farzana's world of blogging. I just shared what I like and feel. Do follow and shout at my cbox. Follow me, Follow you guys back ;)

The Navigation
Home About


Shout Here



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anons are not allowed



Followers

Credits



Header & Edited by : Alia Eyra


All rights reserved ® Fatin Farzana 2011 - 2012


Exam was finished !


25/05/2012 5/25/2012 0 Atashinci(s)


Assalamualaikum and hello everybody . Ouh ye , memang betul Fatin lama tak update blog . Dekat dua minggu kot . Maklumlah exam laa katakan . Sebelum tuu , jap . Fuhh , fuhh , fuhh , *tiup blog sebab berhabuk* . Hok aloh , berpenuh habuk dekat blog Fatin ni haa . Dengan sarang labah-labah sekali . Adoo . Okay , tak pe laa . Daa bersihkan pun . By the way , gambar kat ats tuu comel kann ? Beribu-ribu gmbar kartun ni dekat internet . Semuanye comel-comel . Cute kan gambar ni ? Kan ? Kan ? Cakap je 'YA' . Haha , baik korang cakap , kalau tak , emm .......... tak de pape . =3

Okay , exam ni daa jarang online . Ada dalam sehari tuu tak online langsung . Kalau online pun sekejap je , tuu pun guna iPad . Hoho . Tak de cerita menarik pun sepanjang exam . Exam ni berjalan seperti biasa . Owh , sorry tak update kelmarin , busy . Ecece , busy lew sgt kan ? Ahaks . Kelmarin balik awal , pukul 12.30 tengah hari daa balik . Mula laa kelam kabut masa exam tuu . Masa rehat pun Fatin makan cepat-cepat . Ye laa , bayangkan tinggal 5 minit je masa nak rehat . Sempat ke ? Erghh . Pagi tuu exam PSV2 . Kene melukis laa jawabnye . Fatin kalau melukis memang lama . Orang siap daa , Fatin tak siap lagi . Melukis lagi , mewarna lagi , nak basuh barang-barang melukis tuu lagi . Haa , macam-macam laa .

Aci laa kawan Fatin , melukis dari rumah , mari sekolah mewarna je . Haha , it's okay laa . Ikut pandai diaorang laa kan ? Cikgu marah pun bukan diaorang dengar . Haha . Budak zaman sekarang ni degil-degil laa . Opps , jangan marah ya kawan ? Nama kawan Fatin tuu dirahsiakan . Haha . Okay , daa laa cakap pasal diaorang , cakap pasal exam balik . Fatin mewarna guna watercolour , poster colour yang Masturah punye and pencil colour Fatin pinjam je dengan orang . Fatin bawak watercolour je . Masa nak guna poster colour Masturah tuu , Fatin blebe macam-macam . Haha , kawan-kawan Fatin iling kepala je . Fatin mmg suka blebe pun macam mak cik ! Eh , suka hati orang laa . Kau sibuk pehal haa ? Haha .

Selepas siap warna and lukis semua , pergi tandas basuh berus and basuh bekas letak watercolour tuu . Tengok tangan , Ya Allah ! Kotornye . Tapak tangan ni dipenuhi dengan pelbagai warna . Comel pe . Kau ade ? Tak de kan ? Haha . Lepas tuu tengok lengan baju and tudung habis semua kene watercolour and poster colour . Geram sangat . Tudung tuu ade warna hitam and oren sikit-sikit . Lengan pulak macam-macam warna ada . Colourful okay ? Erghh , basuh tak tanggal . Eh , lukisan Fatin huduh sangat-sangat . Haha , Fatin memang tak suka melukis semua ni . I don't like okay ? Daa laa Fatin warna campur-campur . Guna poster colour laa , watercolour laa , pencil colour laa . Eh , suka hati laaa lukisan Fatin kan ? Nasib tak guna crayon , kalau tak mesti cikgu pening tengok lukisan Fatin . Haha . Kawan Fatin tanya "boleh ke warna campur-campur gini?" . Fatin pun jawab laa "arghh ! Biar jee laa , asalkan siap". Haha .

Lepas tuu rehat kann , makan dalam masa 5 minit . Sempat ke ? Masa rehat jadi macam tuu sebab lukisan tuu laa . Habis daa exam psv2 tuu , tapi Fatin tak siap lagi . Ye laa sebab start exam tuu daa lewat daa . Sepatutnya start pukul 7.35 , err lebih kurang macam tuu laa tapi cikgu masuk pukul 8 . Haa , lewat kan ?  Lepas rehat terus exam sivik , lepas exam sivik terus exam pjk and then balik . Yuhuu ! Cuti sekolah bermula . Dua minggu cuti . Yeayyy ! Tak tahu nak pergi mana cuti kali ni . Fatin ikut parent Fatin je . Hehew .

Owh ye , tadi Fatin pergi keluar jalan-jalan kat padang astaka je . Pergi expo , tak de pape pun kat situ , lepas tuu pergi pasar minggu and then pergi pekan budaya . Huh , pekan budaya dekat perpustakaan best sekali ! Ade teka-teki and ade kuiz . Hoho . Lepas tuu balik laa sebab abah Fatin nak bersiap-siap nak sembahyang jumaat pulak kan ? Huhu , tadi Fatin beli baju raya ! Pandai je reka tema untuk hari ketiga . Well , kitaorang sefamily akan beli baju raya sebanyak 4 pasang sorang and warna semua sama sefamily . Hari raya pertama sama , kedua sama , ketiga sama and keempat pun sama . Pertama dengan kedua baju kurung laa , ibu Fatin jahit . Bukan baju kurung , baju fesyen orang pakai sekarang ni laa . Haha . Ketiga tadi Fatin reka tema sendiri , so semua orang kene ikut Fatin laa . Owh , good job ! Haha . Tadi ibu Fatin beli baju sehelai untuk raya keempat , and Fatin pilih baju raya untuk adik lelaki Fatin jugak untuk hari raya keempat . Fatin ambik terus kenang and then tunjuk kat ibu Fatin and terus ukurkan dekat adik lelaki Fatin tuu . Padan and then beli lew ! Pandai jugak Fatin pilih kan ? Haha , sila muntah sekarang . =P

Okay , amat membosankan hari ni . Tak pe laa , nanti nak lipat baju and then nak baca novel ! Malam nanti Fatin nak tengok Super Spontan ! Yuhuu ! Homework ? Err , nanti dulu ye ? Apsal laa ada homework ? Cuti terancang lew sangat , macam cuti terancam je . Ingat ke lepas exam terus cuti tuu , homework tak de , tapi rupa-rupanya , hmm . Tak pe laa , alhamdulillah ! Tak banyak mana puuuuunnnnnn . Okay , handphone Fatin terus menyepikan diri . Cuma tadi dapat mesej dari celcom . Emm , tak pe laa . Rasa macam nak campak je handphone ni . Pakai handphone pun macam tak pakai . Kelmarin balik sekolah Fatin tak cara pun handphone Fatin . Masa maghrib tuu , baru Fatin ingat kat handphone . Terus tanya ibu Fatin kat mana handphone Fatin sebab biasa kalau Fatin pergi sekolah , ibu Fatin pegang handphone Fatin . Hehe . Lepas tuu cek handphone ade dua mesej , satu dari Nazira Hazwani and satu lagi dari Adani . Okay , lepas tuu balas je laa kan ? Fatin main mesej dengan Nazira sekejap je . Mungkin dia daa tidur semalam , lepas tuu dia tak balas-balas sampai sekarang . It's okay laa , jimat kredit . Haha .

Nazira tuu dia main mesej dengan orang lain , so tak ingat daa kawan dia ni . Tak pe laa , Fatin kan forever alone . Err , forever alone lew sangat kann ? Haha . Tak lama lagi handphone ni Fatin campakkan dalam tong sampah jugak kannnn . Eh , jangan ! Sayang pulak . Huhu , tak pe laa tak de orang nak mesej . Num handphone orang dalam handphone Fatin ni banyak lew jugak , tapi tak mesej pun . Malas lew . Nanti orang tak balas kan , buang kredit je kan ? Daa biasa kene macam tuu . Kalau tak de kredit tuu tak pe , tapi yang sengaja tak nak balas tuu geram tuu ! Rasa macam nak hantuk-hantuk je kepala orang tuu . Haha . =D . Ada kawan macam tak de kawan je aku ni . Eh , it's okay laa . Boleh hidup jugak kan ? Luls . =3 . Okay laa , nak cari gambar kartun di atas and then nak save . Ya , Fatin and Nazira memang suka gambar kartun tuu . Well , kami sehati sejiwa . ^^
Okay , malas merepek jual kerepek kat sini . Bajet ada orang baca . Lenguh Fatin taip ni , baca laa . Haha . Okay , sekian sahaja coretan saya kali ini . Semoga bertemu lagi di lembaran lain . Sekian , wassalam . Yang benar , Fatin Farzana binti Mohd Zamri =)